Search This Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENGENALAN PROGRAM
Program “ SIMPOSIUM SEKRETARIAT JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK MALAYSIA 2012” adalah satu program anjuran Bahagian Kebajikan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik bersama Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak Darul Ridzuan. Tema bagi program ini adalah “KEPIMPINAN MAHASISWA PEMACU TRANSFORMASI POLITEKNIK”. Program ini akan disertai oleh 30 politeknik seluruh Malaysia yang mana pesertanya terdiri daripada 3 orang pelajar JPP bagi setiap politeknik. Seorang pensyarah pengiring akan turut serta sepanjang program ini dijalankan. Program ini akan dijalankan di sekitar negeri Perak bagi merapatkan silaturrahim dan mendedahkan mahasiswa tentang sifat kepimpinan dan jati diri masing-masing. Diharap program ini dapat diteruskan hingga masa akan datang.OBJEKTIF
• Merapatkan hubungan silaturrahim di antara pihak pengurusan Politeknik dengan pemimpin pelajar Politeknik Malaysia.
• Menjadi wadah untuk meningkatkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
• Menjadi platform kepada mahasiswa Politeknik ke arah kepimpinan negara.
• Melahirkan pemimpin yang berwibawa serta berkualiti.
Politeknik Ungku Omar yang terletak di Jalan Raja Musa Mahadi (dahulunya dikenali sebagai Jalan Diary), Ipoh ,negeri Perak ditubuhkan pada tahun 1969. Politeknik ini telah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO. Peruntukan sebanyak RM24.5 juta diperolehi daripada Program Pembangunan PBB (UNDP). Politeknik ini mengambil sempena nama Allahyarham Dato’ Profesor Ungku Omar Ahmad demi mengenang jasa dan sumbangan beliau kepada negara dan bangsa terutamanya dalam bidang penyelidikan perubatan. Penekanan dan bidang pelajaran politeknik ini bercorak sains dan teknologi. Politeknik Ungku Omar ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO dan ini bertujuan untuk melatih tenaga pekerja separa profesional dan golongan pengurusan bawahan bagi menampung keperluan pembangunan negara. UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan PUO di atas tapak seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh. Politeknik bermula beroperasi dengan menumpang di Pusat Latihan Harian, Ipoh dengan 300 orang penuntut.Tenaga pengajarnya pada masa itu terdiri daripada 28 orang pensyarah tempatan dan dibantu oleh 14 orang sukarelawan dari Kanada, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun.Maklumat lanjut sila ke http://ms.wikipedia.org/wiki/Politeknik_Ungku_Omar
memang terbaik...persediaan sebelum ke SISPO 2012..walaupun tidak dapat pergi SISPO tetapi dapat pengajaran di Kursus berkenaan..
ReplyDelete